Arab Saudi tidak tolak sertai perang Iran - Utusan Malaysia

Arab Saudi tidak tolak sertai perang Iran

IMEJ satelit memaparkan kerosakan di kilang penapisan Ras Tanura, Arab Saudi milik Saudi Aramco. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi tidak menolak tindakan ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan misil dan dron berulang dari Iran, kata Menteri Luar, Putera Faisal bin Farhan pada Khamis.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat menteri luar rantau ini di Riyadh, Putera Faisal berkata bahawa Iran cuba menekan negara-negara jirannya melalui serangan.

“Kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan, sebaliknya, tekanan ini akan membalik kesan ke atas mereka sendiri dan sudah tentu, seperti yang telah kami nyatakan dengan jelas, kami mengekalkan hak untuk mengambil tindakan ketenteraan jika perlu,” katanya.

Arab Saudi melaporkan lebih banyak serangan Iran pada Rabu, ketika menteri luar itu menjadi tuan rumah rakan sejawatnya daripada kira-kira lebih dua belas negara Arab dan Islam untuk berbincang mengenai kesan perang Asia Barat.

Beberapa letupan kuat kedengaran di ibu kota Arab Saudi pada Rabu, menurut wartawan AFP, manakala Kementerian Pertahanan berkata, ia telah memintas misil balistik.

“Menyerang Riyadh ketika beberapa diplomat sedang mengadakan mesyuarat,  saya rasa itu adalah isyarat paling jelas tentang bagaimana Iran memandang diplomasi,” kata Putera Faisal.

“Iran tidak percaya kepada perbincangan dengan negara-negara jirannya,” tambahnya.

Menteri luar  itu mengutuk serangan berulang terhadap lokasi awam di seluruh Teluk, menolak justifikasi lemah Iran bahawa ia menyasarkan kepentingan AS di rantau ini.

“Sama ada Arab Saudi atau negara Teluk lain tidak akan menerima, ugutan dan peningkatan serangan akan dibalas dengan eskalasi,” katanya.

Satu kenyataan bersama daripada mesyuarat menteri luar di Riyadh mengecam penggunaan sengaja misil balistik dan dron yang menyasarkan kawasan kediaman, infrastruktur awam, termasuk fasiliti minyak, loji penyahgaraman, lapangan terbang, kemudahan kediaman serta misi diplomatik.

Para menteri luar menyatakan bahawa serangan sedemikian tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan dan menekankan hak negara untuk mempertahankan diri, tambah kenyataan itu. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN