NEW DELHI: Seorang wanita yang diisytiharkan mati otak oleh doktor dilaporkan kembali sedar secara mengejut selepas ambulans yang membawanya pulang terlanggar lubang besar di sebuah lebuh raya di negeri Uttar Pradesh, India. Wanita berkenaan, Vineeta Shukla yang bekerja sebagai pembantu kanan di bahagian salinan di mahkamah kehakiman dilaporkan rebah di rumahnya pada 22 Februari lalu sebelum dirujuk ke hospital di Bareilly untuk rawatan. Shukla bagaimanapun diisytiharkan mati otak dan dibenarkan…










