Dua negeri tawar pengangkutan awam percuma

Dua negeri tawar pengangkutan awam percuma

PERKHIDMATAN pengangkutan awam percuma ditawarkan kepada penduduk dua negeri bermula esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY:  Dua negeri di Australia iaitu Victoria dan Tasmania menawarkan menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam percuma ketika krisis bahan api di negeri itu semakin meruncing.

Premier Victoria, Jacinta Allan mengumumkan bahawa tren, trem dan bas di seluruh negeri itu tidak akan dikenakan sebarang bayaran kepada semua penduduk bermula esok.

Tempoh perjalanan percuma sementara itu akan berlangsung sepanjang bulan April dan mungkin dilanjutkan secara bulanan sekiranya krisis bahan api berterusan.

Penumpang tidak perlu membuat imbasan menggunakan kad pengangkutan awam mereka, myki dan sebarang caj yang tersalah akan dipulangkan, manakala semua pintu masuk akan dibuka bagi mengelakkan kesesakan.

Allan berkata, langkah itu, tidak akan menyelesaikan semua masalah, tetapi akan membantu penduduk Victoria dalam menghadapi kenaikan kos.

“Sebagai Premier, saya bertekad untuk melakukan segala yang berada dalam kawalan saya bagi membantu penduduk Victoria menangani kenaikan harga bahan api,” katanya.

“Ini adalah langkah sementara untuk membantu kos sara hidup, ia akan mengurangkan tekanan di pam-pam minyak dan membantu anda berjimat,” tambahnya.

Sementara itu, penduduk Tasmania boleh menggunakan bas dan feri secara percuma bermula esok sehingga 1 Julai.

Langkah ini diumumkan susulan peningkatan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 20 peratus hanya dalam minggu lalu.

Premier Tasmania, Jeremy Rockliff berkata, langkah ini akan membantu meringankan tekanan bajet isi rumah.

“Penduduk Tasmania tidak akan membayar sesen pun untuk menaiki bas awam. Ia menjadikan bas lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua,” katanya.

“Penduduk Tasmania dari seluruh pelosok negeri kita akan dapat penjimatan nyata daripada langkah kos sara hidup ini. Kami menggalakkan penduduk Tasmania untuk naik bas dan bergerak secara percuma ke seluruh negeri kita yang hebat ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN