LONDON: Pelawat ke Britain dari 85 negara kini diwajibkan untuk mendapatkan permit elektronik sebelum perjalanan mereka atau akan dilarang menaiki penerbangan dan melancong di negara itu, menurut Kementerian Dalam Negeri. Skim Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA) memerlukan semua pelawat termasuk dari Singapura dan Malaysia yang tidak memerlukan visa untuk memasuki Britain supaya membeli permit pra-perjalanan secara dalam talian dengan kos 16 pound (RM84). Skim ini diperkenalkan pada 2023 dan diperluas kepada…










