HANOI: Polis Vietnam memulakan siasatan jenayah terhadap sebuah gudang yang disyaki menghasilkan kopi tiruan daripada kacang soya dalam serbuan awal minggu ini, menurut Kementerian Keselamatan Awam. Semasa serbuan di wilayah Lam Dong di Dataran Tinggi Tengah, polis merampas 4.1 tan produk kopi tiruan dan tiga tan bahan mentah. Vietnam merupakan pengeluar kopi Robusta terbesar dunia, yang mempunyai rasa pahit dan biasanya digunakan untuk kopi segera. Dataran Tinggi Tengah adalah kawasan…










