Perang Ukraine dijangka tamat Jun depan - Utusan Malaysia

Perang Ukraine dijangka tamat Jun depan

SEBAHAGIAN loji tenaga musnah akibat serangan udara di Kyiv, awal bulan ini. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi bayangan tarikh akhir baharu yang ditetapkan Amerika Syarikat (AS ) bagi menamatkan perang dengan Russia ialah pada Jun depan.

Ia bertujuan mencapai perdamaian antara Ukraine dan Russia manakala tempoh yang ditetapkan itu mungkin mempunyai kaitan dengan kempen pilihan raya pertengahan penggal Presiden, Donald Trump.

Zelensky memberitahu pemberita, kedua-dua pihak sudah dijemput untuk menyertai rundingan lanjut minggu ini. 

Menurut beliau, pentadbiran Trump berkemungkinan akan memberi tekanan kepada Ukraine dan Russia supaya menamatkan perang menjelang awal musim panas.

“Mereka menyatakan mahu menyelesaikan semuanya menjelang Jun,” katanya. 

Zelensky turut memaklumkan pentadbiran Trump mencadangkan pusingan rundingan tiga hala seterusnya diadakan di AS, berkemungkinan di Miami, dalam tempoh seminggu dan pihaknya sudah mengesahkan akan menyertainya.

“Pilihan raya pertengahan penggal itu sememangnya lebih penting bagi mereka (penduduk Amerika). Tidak perlulah kita terlalu naif. Jika Russia benar-benar bersedia untuk menamatkan perang, maka penetapan tarikh akhir adalah sangat penting,” katanya.

Menurut sumber, perunding AS dan Ukraine sudah membincangkan cara untuk mencapai perjanjian dengan  segera. Zelensky berkata, Ukraine telah mencadangkan satu pelan penyusunan langkah, namun tidak mendedahkan perincian lanjut.

Dalam perkembangan lain, beliau turut  mengkritik Russia susulan serangan semalaman ke atas kemudahan tenaga Ukraine. 

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Zelensky menekankan Moscow mesti dilucutkan keupayaan untuk menggunakan cuaca musim sejuk sebagai tekanan terhadap Kyiv.

Serangan besar-besaran oleh tentera Russia ke atas infrastruktur tenaga Ukraine pada Sabtu lalu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara, menurut pengendali grid nasional. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN