ROM: Sebuah bandar di Itali kini sedang mencari sekumpulan ‘penghidu’ bagi mengenal pasti bau busuk dalam usaha untuk meningkatkan kualiti udara. Datuk Bandar Brendola, Bruno Beltrame berkata, beliau memulakan kempen pengambilan enam ‘penilai bau’ selepas menerima aduan mengenai bau tidak menyenangkan daripada penduduk yang tinggal berhampiran zon perindustrian. Syarat utama bagi peranan itu adalah pemohon tidak boleh menghidap alahan atau penyakit pernafasan seperti asma. Selain itu, mereka mestilah mempunyai kereta…










