AS rancang bina pangkalan tentera besar di Gaza

AS rancang bina pangkalan tentera besar di Gaza

SEBANYAK AS$5 billion dijangka disalurkan bagi pembinaan semula Gaza. – Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan sedang merancang pembinaan pangkalan tentera yang besar di Gaza untuk menempatkan pasukan penstabilan antarabangsa pada masa hadapan.

Laporan eksklusif The Guardian, berdasarkan rekod kontrak yang diteliti, mendedahkan tapak cadangan itu merangkumi kawasan seluas lebih 141.64 hektar dan mampu menampung sehingga 5,000 anggota.

Pangkalan tersebut berfungsi sebagai pusat operasi bagi pasukan multinasional di bawah rangka kerja Majlis Keamanan, iaitu badan yang ditubuhkan untuk menyelia pentadbiran pasca perang di Gaza.

Majlis itu dipengerusikan oleh Trump sendiri, manakala menantunya, Jared Kushner, dikatakan turut terlibat dalam kepimpinan badan tersebut.

Pelan yang diteliti oleh akhbar berkenaan melaporkan pembinaan secara berfasa sebuah kompleks tentera berkubu berukuran kira-kira 1,400 kali 1,100 meter.

Antara kemudahan yang dirancang termasuklah 26 menara pemerhati berperisai yang dipasang pada treler, bunker bawah tanah dan lapang sasar senjata ringan, kemudahan penyimpanan peralatan ketenteraan serta pagar perimeter yang diperkukuh dengan kawat berduri.

Menurut laporan itu, pangkalan berkenaan akan dibina di kawasan dataran yang kurang penduduk di selatan Gaza. The Guardian mendakwa telah melihat rakaman video kawasan tersebut dan memetik sumber yang tahu mengenai proses perancangan tersebut.

Sumber itu menyatakan bahawa sebilangan kecil firma pembinaan antarabangsa yang berpengalaman luas di zon konflik sudah pun melakukan lawatan ke tapak cadangan tersebut.

Cadangan pembinaan pangkalan ini muncul di tengah-tengah usaha yang lebih luas untuk menubuhkan pasukan penstabilan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelia urusan pembinaan semula dan keselamatan di Gaza, susulan genosid oleh Israel yang berlarutan selama berbulan-bulan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN