TEHERAN: Menteri Luar Iran menegaskan Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei masih hidup bersama semua pegawai kanan kerajaan selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan di seluruh negara itu pada Sabtu.
Abbas Araghchi berkata kepada NBC News, Ali Khamenei masih hidup ‘setakat yang beliau ketahui’ dalam wawancara dari Teheran sambil menambah ‘semua pegawai kanan juga masih hidup’.
Beliau turut memaklumkan sudah berhubung dengan beberapa negara Teluk bagi menjelaskan eTehran tidak berniat menyerang mereka, sebaliknya menyasarkan pangkalan tentera AS sebagai tindakan mempertahankan diri.
Menurutnya, walaupun tiada komunikasi dengan Washington ketika ini, pintu rundingan masih terbuka sekiranya AS mahu berbincang.
“Jika AS mahu bercakap dengan kami, mereka tahu bagaimana untuk menghubungi saya. Kami sememangnya berminat untuk meredakan ketegangan,” katanya.










