Wanita ditahan kelar lelaki dikenali menerusi aplikasi janji temu

Wanita ditahan kelar lelaki dikenali menerusi aplikasi janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pihak polis Korea Selatan menahan seorang wanita berusia 30-an kerana disyaki menikam seorang lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi janji temu dalam pertemuan pertama mereka.

Menurut Balai Polis Cheonan Seobuk di wilayah Chungcheong Selatan, suspek ditahan atas tuduhan serangan yang mengakibatkan kecederaan parah.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.40 pagi (waktu tempatan) di sebuah kediaman di Seobuk-gu, Cheonan.

Wanita tersebut didakwa menikam mangsa yang berusia 40-an beberapa kali sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kedua-dua individu tersebut berkenalan melalui aplikasi janji temu dan itu merupakan kali pertama mereka bertemu secara bersemuka.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan muka telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pasukan kecemasan.

Pihak polis memaklumkan kecederaan mangsa dilaporkan tidak mengancam nyawa.

Pegawai penyiasat berjaya mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memberkasnya kira-kira lima jam kemudian di sebuah lokasi di wilayah Gyeonggi.

Pihak polis merancang untuk memohon waran tangkap rasmi bagi menahan wanita itu.

Polis juga sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif serta keadaan sebenar di sebalik serangan nekad itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN