PARIS: Puluhan traktor memasuki Paris awal Selasa apabila petani Perancis memprotes perjanjian perdagangan yang dimeterai Kesatuan Eropah (EU) dengan empat negara Amerika Selatan. Perjanjian perdagangan yang lama ditangguhkan dengan blok Mercosur itu diluluskan oleh EU minggu lalu dan dijangka ditandatangani pada Sabtu. Petani di Perancis dan beberapa negara lain bimbang akan terjejas oleh kemasukan daging lembu dan produk lain dari Amerika Selatan pada harga murah. Ribuan petani di Perancis dan…










