Tiga individu ditahan serang imam di Victoria

Tiga individu ditahan serang imam di Victoria

SUSPEK didakwa membaling objek, memandu secara berbahaya untuk menakut-nakutkan iman dan isterinya.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Tiga suspek ditahan kerana didakwa menyerang seorang imam di Victoria selepas beliau dan isterinya dipaksa keluar dari kereta di lebuh raya Melbourne, yang disifatkan pihak polis sebagai serangan bermotif perkauman.

Polis mendakwa, pasangan itu sedang memandu di sepanjang South Gippsland Highway di selatan-timur Melbourne pada jam 7.40 malam Sabtu apabila mereka diserang oleh tiga penumpang sebuah kereta hatchback kecil berwarna hitam.

Polis mendakwa penumpang kereta tersebut membaling objek, memandu secara berbahaya untuk menakut-nakutkan pasangan itu dan keluar dari kereta untuk menyerang imam berkenaan serta mengugut isterinya selepas memaksa mereka ke sebuah stesen servis.

Majlis Imam Kebangsaan Australia mengecam insiden itu sebagai serangan pengecut.

Majlis itu berkata, mangsa, seorang lelaki berusia 47 tahun dari Noble Park, kini sedang pulih selepas dipukul di muka ketika kejadian.

“Trauma psikologi yang dialami mangsa adalah teruk. Tiada keluarga di Australia sepatutnya berasa takut diserang semata-mata kerana kepercayaan, penampilan, atau identiti mereka,” katanya.

Menurut polis, ketika kejadian, orang awam campur tangan sebelum suspek kembali ke kereta mereka dan melarikan diri. Tiga suspek ditahan di Dandenong South pada Ahad.

Seorang lelaki berusia 23 tahun dari Cranbourne North dan seorang lelaki berusia 22 tahun dari Cranbourne East didakwa atas tuduhan merosakkan harta dan serangan mengikut undang-undang biasa.

Lelaki dari Cranbourne North ditahan reman dan akan didakwa di mahkamah majistret Dandenong pada hari Isnin, manakala lelaki dari Cranbourne East dibebaskan dengan ikat jamin untuk hadir di mahkamah yang sama pada 22 Mei.

Seorang wanita berusia 18 tahun dari Dandenong South dibebaskan sementara menunggu saman.

“Tiada tempat sama sekali untuk tingkah laku bermotif prejudis, berasaskan agama atau kebencian dalam masyarakat kita dan sebarang aktiviti sebegini tidak akan ditoleransi,” menurut kenyataan polis Victoria pada Isnin. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN