BANGKOK: Tentera Thailand berkata pasukan Kemboja melanggar gencatan senjata yang memasuki hari ke-10 pada Selasa apabila menembak wilayah sempadan dengan mortar yang menyebabkan seorang anggotanya cedera. “Kemboja telah melanggar gencatan senjata pada pagi Selasa. Pasukan Kemboja menembak mortar ke wilayah Ubon Ratchathani. “Seorang tentera cedera akibat serpihan peluru dan sedang dipindahkan untuk mendapatkan rawatan perubatan,” menurut kenyataan tentera Thailand. Pertikaian berdekad-dekad antara jiran Asia Tenggara ini tercetus beberapa kali tahun…










