MOSCOW: Polis Russia menahan ketua pegawai perubatan dan pemangku ketua unit rawatan rapi di sebuah hospital di Siberia, selepas sembilan bayi meninggal dunia bulan ini, menurut pihak pendakwa raya pada Rabu. Kes ini, yang mendedahkan kekurangan kakitangan kronik serta jurang pembiayaan dalam sistem perubatan negara itu mencetuskan kemarahan dan kekeliruan dalam kalangan ahli politik Russia dan pengulas dalam talian. Pihak pendakwa telah mendakwa kedua-dua individu tersebut atas kesalahan kecuaian dan…










