KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menegaskan negaranya kini hanya 10 peratus lagi untuk mencapai perjanjian damai dengan Russia, namun memberi amaran isu-isu paling penting masih belum diselesaikan dan sebarang perjanjian tidak boleh memberi ganjaran kepada Moscow. Dalam ucapan malam Tahun Baharu, beliau berkata, negaranya mahukan penamatan konflik, tetapi bukan ‘pada apa jua harga’, sambil menegaskan sebarang perjanjian mesti disertai jaminan keselamatan yang kukuh bagi menghalang Russia daripada menyerang semula. “Perjanjian…










