TOKYO: Beribu-ribu orang membanjiri sebuah zoo di Jepun untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dua ekor panda gergasi terakhir negara itu, yang dijadualkan dipulangkan ke China pada Selasa. Suasana penuh emosi menyelubungi Zoo Ueno di Tokyo apabila orang ramai beratur, ada yang menunggu sehingga tiga setengah jam untuk melihat anak kembar panda, Xiao Xiao dan Lei Lei, buat kali terakhir. Perpisahan ini berlaku pada saat yang sangat tegang dalam hubungan antara…










