RIYADH: Arab Saudi, Qatar, Turkiye dan Oman menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya menangguhkan serangan udara ke atas Iran, ekoran kebimbangan tindakan Washington boleh mencetuskan konflik besar dan sukar diselesaikan di seluruh Asia Barat. Amaran mengenai kemungkinan huru-hara tercetus daripada sekutu lama AS itu dilihat berjaya meyakinkan Trump untuk menangguhkan serangan ketenteraan buat sementara waktu. Arab Saudi turut menolak penggunaan ruang udaranya oleh AS untuk melancarkan sebarang serangan.…










