Lintasan Rafah dibuka dua hala minggu depan - Pentadbir Gaza

Lintasan Rafah dibuka dua hala minggu depan – Pentadbir Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS: Lintasan sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza akan dibuka semula dalam kedua-dua arah minggu depan, kata pentadbir baharu wilayah Palestin itu semasa pelancaran Lembaga Keamanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pembukaan semula lintasan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan gencatan senjata Gaza yang diumumkan Trump pada Oktober lalu, namun lintasan itu kekal ditutup sehingga kini.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan lintasan Rafah akan dibuka minggu depan dalam kedua-dua arah,” kata Pentadbir Gaza, Ali Shaath ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

“Bagi rakyat Palestin di Gaza, Rafah lebih daripada sekadar pintu masuk. Ia adalah talian hayat dan simbol peluang. Pembukaan Rafah memberi isyarat Gaza tidak lagi tertutup kepada masa depan dan dunia,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pelan gencatan senjata itu, Ali dilantik untuk mengetuai sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 15 teknokrat Palestin bagi menyelia pentadbiran harian Gaza.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN