GENEVA: Sekurang-kurangnya 170 orang awam terbunuh dalam lebih 400 serangan udara tentera di Myanmar sepanjang beberapa minggu menjelang pilihan raya yang mendapat kritikan meluas komuniti antarabangsa, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pilihan raya tiga fasa selama sebulan di Myanmar yang berakhir pada Ahad, dikendalikan oleh tentera dan ditolak oleh pemerhati demokrasi sebagai usaha untuk menjenamakan semula pemerintahan tentera. Pejabat hak asasi manusia PBB, yang sebelum ini mengecam pilihan raya itu…










