BANGKOK: Konflik antara Thailand dan Kemboja seperti tidak berkesudahan apabila satu lagi insiden tembakan rentas sempadan tercetus, meskipun kedua-dua negara baharu sahaja bersetuju melaksanakan gencatan senjata kurang dua minggu lalu. Tentera Thailand berkata, pasukan Kemboja melanggar gencatan senjata yang memasuki hari ke-10 pada Selasa apabila menembak wilayah sempadan dengan mortar yang menyebabkan seorang anggotanya cedera. “Kemboja telah melanggar gencatan senjata pada pagi Selasa. Pasukan Kemboja menembak mortar ke wilayah Ubon…










