Kemalangan libatkan 100 kenderaan akibat salji tebal di AS

Kemalangan libatkan 100 kenderaan akibat salji tebal di AS

LEBIH 100 buah lori dan kereta terkandas akibat kemalangan di lebuhraya I-196 berhampiran Zeeland di barat Michigan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Insiden kemalangan besar melibatkan lebih 100 kenderaan dilaporkan berlaku di laluan lebuhraya yang dilitupi salji tebal di Michigan di utara Amerika Syarikat (AS).

Polis Negeri Michigan memaklumkan ramai mengalami kecederaan dalam kejadian itu, namun tiada yang membawa maut selepas pelbagai kenderaan bertembung di koridor lebuh raya I-196.

Insiden berkenaan menyebabkan banyak kenderaan terbabas dan tergelincir dengan ratusan pemandu dan penumpang terkandas dalam cuaca beku serta salji tebal yang menyukarkan pandangan .

Kemalangan itu turut melibatkan sekitar 30 hingga 40 lori treler yang bertindan dan menghalang lebuh raya antara negeri yang biasanya sibuk. 

Jalan berkenaan terpaksa ditutup beberapa jam selepas kejadian. Pihak berkuasa kemudian mengarahkan pengguna jalan raya tidak membuat perjalanan dalam keadaan yang sangat berbahaya itu.

Ribut musim sejuk terus membawa salji tebal sehingga 35.56 sentimeter (sm) ke beberapa kawasan barat daya dan tengah barat Michigan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN