GAZA: Israel didakwa mengalihkan bongkah-bongkah konkrit yang menandakan garis kawalan pasca-gencatan senjata lebih jauh ke dalam Gaza di beberapa lokasi, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk Palestin. Imej satelit yang diteliti oleh BBC Verify menunjukkan di sekurang-kurangnya tiga kawasan, Israel meletakkan bongkah konkrit tersebut sebelum kembali semula dan mengalihkannya lebih jauh ke dalam wilayah Gaza. Di bawah terma perjanjian yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) dengan Hamas, Israel bersetuju…










