Indonesia temukan mayat 10 penumpang, kru pesawat terhempas di Sulawesi

Indonesia temukan mayat 10 penumpang, kru pesawat terhempas di Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia pada hari Jumaat menemukan mayat 10 penumpang sebuah pesawat pemerhati perikanan yang hilang di wilayah Sulawesi Selatan hujung minggu lalu, menurut agensi pencarian dan penyelamatan negara itu.

Menurut Reuters, pesawat turboprop ATR 42-500, milik kumpulan penerbangan Indonesia Air Transport (IAT), terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada Sabtu kira-kira pukul 1.30 petang berhampiran kawasan Maros di Sulawesi Selatan.

Pesawat yang disewa oleh Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu membawa tujuh kru dan tiga penumpang untuk menjalankan pemantauan udara ke atas sektor perikanan negara itu. Penumpang merupakan kakitangan kementerian.

Seorang pegawai di agensi penyelamat Sulawesi Selatan, Andi Sultan dilaporkan berkata, sambil menangis dalam kenyataan video mayat kesembilan dan kesepuluh ditemui awal Jumaat namun proses evakuasi masih berjalan.

Agensi itu dalam satu kenyataan di Instagram berkata,10 mangsa sudah ditemui.

Sebelum ini, pasukan penyelamat tempatan menemui bangkai pesawat di beberapa lokasi sekitar Gunung Bulusaraung di kawasan Maros, kira-kira 1,500 km di timur laut Jakarta, ibu negara Indonesia.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia yang menyiasat kemalangan pengangkutan, kini sedang meneliti kotak hitam pesawat yang baru ditemui, kata ketuanya kepada media tempatan minggu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN