MAKASSAR: Pihak berkuasa Indonesia menyambung operasi mencari sebuah pesawat yang membawa tiga kakitangan kerajaan dan lapan anak kapal selepas hubungan dengan pesawat itu terputus semalam. Pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) itu berlepas dari Yogyakarta dalam perjalanan ke bandar Makassar di Pulau Sulawesi, menurut pihak penyelamat. Menteri Hal Ehwal Laut dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono berkata, tiga kakitangan kementeriannya berada di dalam pesawat tersebut bagi menjalankan misi pemantauan…










