LONDON: Orang ramai yang berhenti mengambil suntikan penurun berat badan generasi baharu didapati mengalami kenaikan semula berat badan sehingga empat kali lebih cepat berbanding mereka yang berhenti menjalani program diet dan senaman. Penyelidik Britain yang menjalankan kajian terbesar dan terkini mengenai perkara itu berkata, keadaan ini berlaku terutamanya kerana pengguna ubat tersebut kehilangan berat badan yang sangat banyak sejak awal. Ubat generasi baharu yang dikenali sebagai agonis GLP-1 iaitu suntikan…










