BANJARBARU: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesan satu gempa bumi 7.1 magnitud yang berlaku di wilayah Melonguane, Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara, pada malam Sabtu. Menurut Antara News, maklumat yang dipaparkan di laman rasmi BMKG menunjukkan pusat gempa berada pada kedalaman 17 kilometer, kira-kira 52 kilometer ke arah tenggara Melonguane. BMKG memaklumkan, data yang dikeluarkan merupakan maklumat awal sejurus kejadian berlaku dan masih berpotensi dikemas kini selaras dengan penerimaan…










