WELLINGTON: Enam ekor ikan paus dilaporkan mati selepas puluhan spesies itu terdampar di sebuah pantai terpencil di Pulau Selatan New Zealand, manakala para sukarelawan kini berusaha menyelamatkan 15 ekor lagi yang masih hidup dengan mengembalikannya ke laut. Sebanyak 55 ekor paus jenis pilot whale terdampar di Farewell Spit pada Khamis. Walaupun kebanyakannya berjaya kembali ke laut, 15 ekor dilaporkan terdampar semula di sepanjang kira-kira satu kilometer di pesisir pantai. Rakaman…










