Denmark tamatkan perkhidmatan pos surat

Denmark tamatkan perkhidmatan pos surat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Perkhidmatan pos milik kerajaan, PostNord menghantar surat terakhirnya semalam, sekali gus menamatkan operasi selama lebih 400 tahun akibat peralihan kepada era digital.

Ia juga sekali gus menjadikan Denmark negara Eropah pertama yang menghentikan sepenuhnya penghantaran surat dan negara pertama di dunia yang menganggap surat fizikal tidak lagi penting atau berdaya maju dari segi ekonomi. 

“Hari ini menandakan satu titik perubahan bersejarah dalam sejarah PostNord. Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya.

“Namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen.

Pada 2024, jumlah surat yang dihantar oleh perkhidmatan pos Denmark merosot lebih 90 peratus berbanding tahun 2000 seiring dengan peralihan komunikasi kepada platform digital seperti WhatsApp, panggilan video dan pertukaran kandungan di media sosial.

Sejak Jun lalu, PostNord mula mengeluarkan kira-kira 1,500 peti surat di seluruh Denmark. 

Peti-peti itu dijual untuk tujuan kebajikan pada 10 Disember dengan ratusan ribu rakyat Denmark berusaha mendapatkannya pada harga antara 1,500 hingga 2,000 kroner Denmark (sekitar RM956 hingga RM1,275), bergantung kepada tahap keusangan.

Denmark merupakan antara negara paling digital di dunia, dengan sektor awamnya menggunakan pelbagai portal dalam talian, sekali gus mengurangkan keperluan kepada surat-menyurat fizikal kerajaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN