China tempelak dasar tarif unilateral, tawar peluang dagangan mega

China tempelak dasar tarif unilateral, tawar peluang dagangan mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS: China menegaskan mereka tidak pernah secara sengaja mengejar lebihan perdagangan dan bersedia untuk menjadi pasaran dunia.

Kenyataan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, He Lifeng di Forum Ekonomi Sedunia (WEF)202 di Davos selepas gergasi pembuatan tersebut mencatatkan rekod lebihan perdagangan yang dijangka akan terus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan dagangnya.

Lifeng berkata, China sedia memanfaatkan pasaran berskala mega miliknya dan akan memperluaskan import dengan lebih rancak.

“Kami bukan sahaja mahu menjadi kilang dunia, malah lebih bersemangat untuk menjadi pasaran dunia,” ujar beliau.

Tahun lalu, permintaan yang kukuh terhadap barangan buatan China membantu ekonomi kedua terbesar dunia itu mengharungi cabaran daripada dasar perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tidak menentu serta jualan domestik yang perlahan.

Bagaimanapun, pergantungan China terhadap eksport mewujudkan masalah lebihan kapasiti pengeluaran yang kronik, sekali gus mendedahkannya kepada tekanan daripada negara-negara yang ingin melindungi sektor pembuatan masing-masing.

Lifeng mengetuai delegasi kerajaan China di Davos, di mana pelbagai ketua negara termasuk Trump, serta eksekutif tertinggi teknologi dan kewangan adalah antara kira-kira 2,900 perwakilan yang hadir.

Beliau yang merupakan pegawai ketiga tertinggi China menghadiri Davos sejak lawatan Presiden Xi Jinping pada 2017, juga dijadualkan menghoskan majlis resepsi bersama pemimpin perniagaan global, menurut sumber kepada Reuters.

Delegasi Beijing dijangka mempersembahkan China sebagai rakan dagang dan pelaburan yang boleh dipercayai ketika dasar tarif Washington yang tidak menentu dan bersifat memaksa telah menggusarkan pihak lawan mahupun sekutu.

“Amalan unilateral dan perjanjian perdagangan sesetengah negara jelas melanggar prinsip dan peraturan asas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta menjejaskan susunan ekonomi dan perdagangan antarabangsa dengan serius,” kata Lifeng tanpa menamakan mana-mana negara secara khusus.

“China adalah rakan dagang bagi semua negara dan bukannya musuh. Pembangunan China adalah peluang dan bukannya ancaman kepada pembangunan ekonomi global,” tegas beliau dalam ucapannya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN