Cap tangan Indonesia disahkan seni gua tertua dunia

Cap tangan Indonesia disahkan seni gua tertua dunia

IMEJ dirakam Maxime Aubert menunjukkan cap tangan dengan hujung jari yang diruncingkan di wilayah Maros di Sulawesi, Indonesia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Satu lakaran stensil berbentuk tangan yang ditemui di gua batu kapur Liang Metanduno di Pulau Sulawesi, Indonesia merupakan lukisan gua tertua yang diketahui di dunia, menurut para penyelidik.

Sebuah lukisan gua berbentuk tangan dengan garis luar berwarna merah, yang jari-jarinya diubah untuk menghasilkan motif cakaran, menunjukkan lonjakan awal dalam imaginasi simbolik manusia, menurut para penyelidik.

Lukisan tersebut dipastikan berusia sekurang-kurangnya 67,800 tahun, kira-kira 1,100 tahun lebih tua daripada rekod sebelumnya, iaitu stensil tangan kontroversi di Sepanyol.

Penemuan ini juga menguatkan hujah spesies manusia Homo sapiens, mencapai tanah besar Australia–New Guinea, yang dikenali sebagai Sahul, kira-kira 15,000 tahun lebih awal daripada apa yang dikemukakan oleh sesetengah penyelidik.

Sepanjang dekad yang lalu, siri penemuan di Sulawesi menolak idea lama seni dan pemikiran abstrak dalam spesies kita muncul secara tiba-tiba di Eropah Zaman Ais dan kemudian tersebar dari sana.

Pakar Universiti Griffith Australia yang mengetuai kajian tersebut,  Prof. Adam Brumm memberitahu BBC News penemuan terkini, yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu menyokong pandangan tiada ‘kebangkitan kreatif’ berlaku di Eropah. 

“Apabila saya ke universiti pada pertengahan hingga akhir 90-an, itulah yang diajar, letusan kreativiti manusia berlaku di sebahagian kecil Eropah. 

“Tetapi kini kita melihat ciri-ciri tingkah laku manusia moden, termasuk seni naratif di Indonesia, yang menjadikan hujah berpusatkan Eropah itu sukar untuk dipertahankan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN