Banjir di Jawa Tengah, perkhidmatan kereta api dari Jakarta dibatalkan

Banjir di Jawa Tengah, perkhidmatan kereta api dari Jakarta dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat PT Kereta Api Indonesia (Persero) di Daerah Operasi 1 Jakarta membatalkan 11 perjalanan dari stesen Pasar Senen dan Gambir berikutan banjir yang melanda sebahagian laluan rel di wilayah Pekalongan di Jawa Tengah.

Pengurus Perhubungan Awam, Franoto Wibowo memaklumkan walaupun laluan kereta api di Pekalongan kini sudah boleh dilalui, kesan banjir masih menjejaskan kelancaran perjalanan kereta dari dan menuju wilayah Daop 1 Jakarta.

“Kami membatalkan beberapa perjalanan bagi mengelakkan kelewatan yang lebih teruk sekiranya ia diteruskan,” katanya.

Franoto berkata, maklumat pembatalan sudah disampaikan kepada penumpang melalui pesanan ringkas dan saluran rasmi perkhidmatan tersebut.

Bagi penumpang yang terjejas, bayaran tiket akan dikembalikan dan boleh dilakukan sehingga tujuh hari selepas tarikh pelepasan melalui kaunter stesen, aplikasi rasmi, atau talian perkhidmatan pelanggan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN