WASHINGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berjaya merampas kapal tangki minyak keenam yang dikaitkan dengan Venezuela di Laut Caribbean sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Washington untuk menguasai eksport minyak negara itu, menurut pegawai AS. Kapal tangki dinamakan Veronica telah dinaiki oleh pasukan AS dalam operasi menjelang subuh dan dirampas tanpa sebarang insiden, menurut US Southern Command. Sejak serangan ketenteraan AS terhadap Venezuela dan rampasan presiden Nicolás Maduro bulan ini,…










