KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengumumkan bersedia mengadakan pilihan raya dalam tempoh tiga bulan jika Amerika Syarikat (AS) dan sekutu lain dapat memastikan keselamatan proses pemilihan tersebut. Undang-undang Ukraine melarang pilihan raya ketika waktu perang, namun Zelensky yang penggalnya tamat tahun lalu kini berdepan tekanan baharu daripada Presiden AS, Donald Trump ketika Washington mendesak Kyiv mempercepat usaha damai dalam perang hampir empat tahun dengan Russia. “Saya bersedia untuk pilihan raya,…










