Video AI murahan jadi ‘lubuk wang’ di Youtube

Video AI murahan jadi ‘lubuk wang’ di Youtube

IMEJ manusia dengan ciri-ciri kucing merupakan satu daripada video AI slop dalam Youtube. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 20 peratus video yang dipaparkan oleh algoritma YouTube kepada pengguna baharu dikenal pasti sebagai ‘AI slop’ iaitu kandungan berkualiti rendah yang dijana kecerdasan buatan (AI) untuk meraih tontonan.

Kajian yang dijalankan oleh syarikat penyuntingan video, Kapwing melibatkan tinjauan terhadap 15,000 saluran YouTube paling popular di dunia, termasuk 100 saluran teratas di setiap negara mendapati sebanyak 278 saluran tersebut memuat naik kandungan AI slop.

Secara keseluruhan, saluran-saluran berkenaan mengumpul lebih 63 bilion tontonan dan 221 juta pelanggan, sekali gus dianggarkan menjana pendapatan sekitar AS$117 juta (RM473.6 juta) setahun.

Kapwing turut mendapati daripada 500 video pertama yang disyorkan kepada akaun YouTube baharu, 104 daripadanya adalah AI slop.

Fenomena ini mencerminkan perkembangan pesat industri kandungan digital yang kini membanjiri platform media sosial utama seperti YouTube, Meta dan X.

Kandungan berkenaan lazimnya bersifat tanpa konteks, mudah menarik perhatian dan dihasilkan untuk pasaran global tanpa mengambil kira kualiti atau nilai maklumat.

Analisis Guardian sebelum ini turut mendedahkan hampir 10 peratus saluran YouTube yang berkembang paling pantas tergolong dalam kategori AI slop, walaupun pihak platform berusaha mengekang kandungan tidak autentik.

Saluran ini mempunyai pengikut yang besar di pelbagai negara termasuk Sepanyol, Mesir, Amerika Syarikat dan Brazil.

Antara saluran paling popular ialah Bandar Apna Dost dari India yang mencatat lebih 2.4 bilion tontonan menerusi video animasi ‘tidak logik’ melibatkan watak monyet dan adiwira rekaan AI.

Pakar teknologi dan hak digital menyifatkan popularitinya berpunca daripada kandungan yang ringkas, pelik dan tidak memerlukan pemahaman jalan cerita.

Selain itu, beberapa saluran lain menyasarkan kanak-kanak melalui animasi berwarna-warni dan jalan cerita fantasi, manakala ada juga yang mengeksploitasi bencana alam dan kemiskinan sebagai bahan tontonan.

Kandungan sedemikian menimbulkan kebimbangan terhadap etika, keselamatan dan kesan jangka panjang kepada penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN