WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pakej bantuan berjumlah AS$12 bilion (RM49 bilion) bagi membantu golongan petani yang terkesan akibat dasar perdagangan serta tarif yang dilaksanakannya. Ketika sesi meja bulat bersama pengusaha pertanian di Rumah Putih, beliau berkata, tindakan itu sebagai usaha paling penting untuk melindungi dan mempertahankan petani Amerika. Sejak Trump kembali memegang jawatan pada Januari lalu, sektor pertanian AS berdepan pelbagai cabaran termasuk tindakan balas negara…










