WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan membuat panggilan telefon untuk menghentikan pertempuran antara Thailand dan Kemboja dan menyelamatkan gencatan senjata yang beliau rundingkan pada bulan Julai. Thailand dan Kemboja saling menuduh satu sama lain menyerang orang awam dalam serangan di sempadan yang masih berlarutan hari ini. Kedua-dua negara Asia Tenggara itu saling menuding jari atas pertempuran yang bermula sejak Isnin dan masih berselisih mengenai penyelesaian diplomatik…










