WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Denmark apabila menegaskan AS ‘perlu memiliki Greenland dengan alasan keselamatan negara, susulan pelantikan Gabenor Louisiana, Jeff Landry sebagai utusan khas ke wilayah Artik itu. Trump berkata, Greenland amat penting bagi perlindungan nasional AS dan mendakwa negara itu tidak mempunyai pilihan selain memastikan kawalan ke atas pulau berkenaan. Beliau turut menyatakan Landry akan “memimpin usaha” sebagai utusan khas,…










