LOS ANGELES: Empat individu termasuk tiga kanak-kanak maut manakala 11 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti hari jadi di Stockton, California, lewat Sabtu dalam insiden yang disifatkan pihak berkuasa sebagai ‘serangan disasarkan’. Jurucakap Pejabat Sheriff Daerah San Joaquin, Heather Brent, berkata tembakan berlaku di dalam sebuah dewan bankuet di bandar itu, terletak di timur laut San Francisco, kira-kira pukul 6 petang ketika majlis berlangsung dengan kehadiran antara 100…










