BANGKOK: Tentera Thailand memaklumkan rundingan gencatan senjata dengan Kemboja yang bermula semalam dijangka berakhir dengan pertemuan menteri pertahanan kedua-dua negara pada Sabtu, ketika usaha dipergiat untuk menamatkan pertempuran berdarah di sempadan yang berlarutan selama beberapa minggu. Rundingan itu bermula pada pukul 4 petang (waktu tempatan) di wilayah Chanthaburi, Thailand selepas permintaan Kemboja agar rundingan diadakan di Kuala Lumpur ditolak Bangkok. Kementerian Pertahanan Thailand menyenaraikan beberapa tuntutan utama untuk dibincangkan menjelang…









