PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta bagi menamatkan konflik bersenjata di sepanjang sempadan kedua-dua negara yang berlarutan selama beberapa minggu dan mengorbankan puluhan nyawa. Persetujuan itu dimeterai melalui satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh menteri pertahanan kedua-dua negara, dengan gencatan senjata berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah hari waktu tempatan pada 27 Disember 2025. Menurut kenyataan tersebut, gencatan senjata itu melibatkan semua jenis senjata dan melarang…









