WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan amalan menembak babi dan kambing sebagai latihan kepada pegawai perubatan untuk merawat anggota tentera yang cedera di medan perang. Langkah ini menamatkan amalan yang sudah lama dikritik dan digantikan dengan penggunaan simulator moden yang meniru kecederaan sebenar. Larangan terhadap latihan tembakan langsung yang melibatkan haiwan itu terkandung dalam rang undang-undang pertahanan tahunan tahun ini, namun penggunaan haiwan untuk latihan perang lain masih dibenarkan.…










