BANGKOK: Seorang tentera Thailand maut manakala beberapa lagi cedera dalam pertempuran sempadan baharu dengan Kemboja, menurut tentera Thailand pada Isnin. Kedua-dua pihak saling menuding jari bagi kejadian terkini sepanjang sempadan mereka. Pertempuran tercetus selepas anggota tentera Kemboja menembak pasukan Thailand awal pagi Isnin di wilayah Ubon Ratchathani. “Tentera menerima laporan askar Thailand diserang dengan senjata sokongan, mengakibatkan seorang maut dan empat cedera,” kata jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree. Sementara itu,…










