DARFUR: Pasukan separa tentera Sudan, Rapid Support Forces (RSF) yang mengepung dan menguasai bandar di Darfur pada akhir Oktober, didakwa menahan penduduk yang terperangkap untuk mendapatkan wang tebusan. RSF juga dikatakan membunuh atau memukul mangsa jika keluarga mereka tidak mampu membayar sejumlah besar wang yang diminta, menurut saksi, pekerja bantuan dan penyelidik. Laporan menunjukkan kumpulan besar penduduk ditahan di beberapa perkampungan dalam radius 80 kilometer (km) dari al-Fashir, manakala yang…










