RIO DE JANEIRO: Seorang remaja Brazil maut selepas diterkam seekor singa betina di Zoo Arruda Camara, Joao Pessoa, semalam. Insiden itu berlaku selepas remaja berkenaan memanjat dinding setinggi enam meter dan menyeberangi pagar keselamatan sebelum menuruni pokok ke dalam kandang haiwan itu. Mangsa, Gerson de Melo Machado, 19, yang menghadapi masalah kesihatan mental, dikatakan mempunyai impian menjadi pelatih singa. Video tular menunjukkan singa betina, Leona, menyerang Machado di hadapan pengunjung…










