CHISINAU: Polis Moldova mengerahkan pakar pelupusan bom ke sebuah komuniti yang terletak beberapa kilometer (km) dari sempadan Ukraine selepas seorang penduduk tersilap menyangka sebuah dron yang jatuh sebagai ‘mainan’ dan membawanya pulang. Apabila polis tiba di Pepeni, daerah Singerei kira-kira 100km di utara ibu negara Chisinau, mereka mendapati dron yang ditemui empat hari sebelumnya itu sudah dileraikan bahagiannya. Polis berkata, dron berkenaan tidak mengandungi bahan letupan atau membahayakan keselamatan dan…










