PHNOM PENH: Jumlah korban orang awam di pihak Kemboja dalam konflik sempadan yang kembali meletus dengan Thailand meningkat kepada enam, selepas tentera Thailand menembak posisi Kemboja lewat malam hingga pagi Selasa, menurut kementerian pertahanan Kemboja. Tentera Thailand melancarkan tembakan artileri ke wilayah sempadan Banteay Meanchey selepas tengah malam, mengakibatkan kematian dua orang awam yang bergerak di Lebuhraya Nasional 56. Menteri maklumat Kemboja, Neth Pheaktra berkata, sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh…










