BANGKOK: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bangkok mengeluarkan amaran perjalanan menasihatkan rakyatnya supaya menjauhi kawasan dalam radius 50 kilometer dari sempadan Thailand–Kemboja berikutan situasi keselamatan yang tidak dapat dijangka. Konflik antara kedua-dua negara kembali memuncak menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara terhadap Kemboja pada Isnin, sekali gus mencetuskan pertempuran terbaharu di kawasan yang sudah lama dipertikaikan. Setakat ini, empat orang awam Kemboja dan seorang anggota tentera Thailand terkorban, sementara puluhan lagi…










