NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan dua resolusi yang menegaskan semula tuntutan masyarakat antarabangsa agar Israel menamatkan pendudukan berlarutan di wilayah Palestin dan Dataran Golan di Syria. Dalam resolusi pertama bertajuk ‘Penyelesaian Secara Damai Persoalan Palestin’, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) menerima pakai draf yang dikemukakan oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin. Usul tersebut diluluskan dengan 151 undian menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali. Resolusi itu mengulangi tanggungjawab…










