BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad menegaskan beliau tidak akan bersara daripada arena politik sekiranya menerima pengampunan daripada presiden negara itu berhubung perbicaraan rasuah yang dihadapinya sejak bertahun-tahun. Ketika ditanya wartawan sama ada beliau merancang untuk meninggalkan kehidupan politik jika diberikan pengampunan, Netanyahu menjawab ringkas: “Tidak”. Bulan lalu, Netanyahu memohon pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog, dengan peguamnya berhujah bahawa keperluan menghadiri prosiding mahkamah secara kerap menjejaskan keupayaannya mentadbir…










