JEDDAH: Sekumpulan menteri luar dari negara-negara Arab dan Islam bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan tegas menolak pengumuman Israel yang mengiktiraf wilayah Somaliland sebagai wilayah berasingan daripada Somalia. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Sabtu, para menteri mengutuk keputusan Israel yang diumumkan pada 26 Disember itu, sambil memberi amaran langkah berkenaan membawa implikasi serius terhadap keamanan dan keselamatan di Afrika serta rantau Laut Merah dan menjejaskan keamanan serta keselamatan…










